NEWS

General Information, Knowledge Management, Knowledge Nugget, News

K-TALK SERIES “KEHILANGAN PENGETAHUAN: MEMAHAMI PEMINDAHAN PENGETAHUAN DI DALAM ORGANISASI”

K-TALK SERIES “KEHILANGAN PENGETAHUAN: MEMAHAMI PEMINDAHAN PENGETAHUAN DI DALAM ORGANISASI”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Knowledge Management ISN bersama Pusat Sumber KBS dan Pusat Sumber i-Lead akan mengadakan program K-Talk yang membawa tajuk “Kehilangan Pengetahuan: Memahami Pemindahan Pengetahuan di Dalam Organisasi”. Program kali ini akan membuka fikiran kita mengenai aspek pengurusan pengetahuan di dalam organisasi. Ia akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 29 Jun 2021 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi

Youtube Live – isnmalaysia
Facebook Live – facebook.com/isnmalaysia

Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Hajah Fadilah Hj Puteh (UiTM Shah Alam, Selangor)
Moderator: En. Razif bin Sazali (Pusat Knowledge Management, ISN)

Sehubungan itu, YBhg Datuk/Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini. Bersama-sama ini dilampirkan poster program untuk rujukan pihak YBhg Datuk/Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan.

Panjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan kenalan.

Sekian. Terima kasih.

PUSAT KNOWLEDGE MANAGEMENT
INSTITUT SUKAN NEGARA
BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

ISN CKM