NEWS

Tokyo 2020 adalah sangat mencabar. Pihak penganjur dan semua yang terlibat di dalam temasya sukan ini sangat terkesan pada awalnya, namun bangkit semula menghadapi cabaran pandemik Covid-19 dengan mengadaptasi norma baharu dalam setiap aspek. Penyediaan panduan Tokyo 2020 Playbook telah diterbitkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat agar temasya ini dijalankan dengan jayanya. Tiga prinsip utama yang ditekankan iaitu penjarakkan sosial (minimize physical interaction), test-trace-isolate dan menjaga kebersihan (think hygiene). Panduan perjalanan ke temasya tersebut perlu diatur mengikut empat fasa iaitu sebelum, bertolak pergi ke Jepun, semasa temasya dan bertolak pulang. Tempoh keberadaan atlet dan semua yang terlibat di Jepun adalah pada kadar yang minima untuk mengurangkan risiko dan memastikan temasya ini berjalan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh: Syarifah Fathynah Syed Shiekh

ISN CKM