NEWS

Knowledge Management, Knowledge Nugget, News

Peranan Checklist di dalam Persekitaran Prestasi Tinggi

Checklist direkabentuk bukanlah untuk memberikan panduan yang lengkap tentang satu-satu tugasan atau aktiviti yang kita lakukan. Ia lebih merupakan satu alat bantuan yang cepat dan ringkas untuk membantu dan menyokong kepakaran seseorang profesional. Ia tidak boleh menghilangkan kesukaran sesuatu proses tetapi dapat membentuk hierarki keutamaan sesuatu kerja, tugasan atau aktiviti.
            Secara falsafahnya, ia akan dapat menolak kuasa membuat keputusan  ke semua peringkat yang terlibat dan tidak hanya diperingkat pusat. Setiap orang diberi ruang untuk menyesuaikan diri mengikut kepakaran masing-masing. Checklist dapat membentuk tabiat di dalam organisasi (organisational habits) kerana ia bukan hanya suatu senarai untuk di semak malah ia menjadi satu cara atau panduan untuk melakukan sesuatu kerja dan aktiviti.

            Apabila melaksanakan checklist pertimbangkan beberapa perkara di bawah:

  • Ringkas: Sasarkan supaya checklist anda hanya mempunyai 5- 9 perkara dan lebih baik dimuatkan didalam satu helaian.
  • Jelas: Perkataan yang digunakan harus ringkas, tepat dan menjadi kebiasaan mengikut peringkat
  • Tersusun: Tidak berselerak dan menggunakan warna yang tidak bersesuaian
  • Format: Gunakan huruf besar dan huruf kecil untuk memudahkan pembacaan
  • Kolaborasi: Pembentukan Checklist haruslah mendapat input, idea dan maklumbalas dari semua yang terlibat
  • Turutan: Pertimbangkan turutan perkara-perkara di dalam checklist dan kesan-kesan sampingan yang boleh timbul dari perkara-perkara tersebut

Diterjemah oleh: Murshaidi Mohammad 
Source: Fusion Sports (https://www.fusionsport.com/blog/role-checklists-high-performance-setting/)

ISN CKM