NEWS

1 Februari 2021, Nicol David diumumkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan rekod lapan kali memenangi Kejuaraan Dunia (2006 – 2015), tiga pingat emas dan satu gangsa di dalam temasya “The World Games” (2005 – 2017). Semua kejayaan beliau di dalam dunia sukan cukup membanggakan rakyat Malaysia dan menjadi inspirasi kepada kebanyakkan atlet muda dan masyarakat. Nicol telah mula bermain skuash seawal usia 5 tahun. Beliau mengikuti bapa dan kakaknya ke sebuah gelanggang skuash yang pertama dibina di Pulau Pinang. Pada awalnya beliau hanya dibenarkan untuk melihat kakaknya menjalani latihan. Beliau sangat berharap untuk bermain. Melihat keinginan anak kecil itu, bapa beliau telah mengubahsuai sebuah raket kayu mengikut ukuran saiz beliau pada ketika itu. Ibu bapa Nicol mengakui bahawa beliau adalah seorang anak yang sangat aktif dan bersemangat tinggi untuk bermain skuash. Ibu Nicol turut berkongsi bahawa beliau sering bermain skuash di dalam bilik walaupun selepas pulang daripada latihan. Selain bakat, di antara faktor awal yang boleh dilihat untuk menjadi seorang atlet yang berjaya adalah semangat dan kesungguhan (enthusiasm). Tahniah Nicol David!

Sumber: theworldgames.org & PSA World Tour
Disediakan oleh: Syarifah  Fathynah bt Syed Sheikh

ISN CKM